SITI NURHALIZA - Pendirianku (Official Lyric Video)

#SitiNurhaliza #PrasastiSeni #SuriaRecords #Pop #Ballad #Balada #Malaysia #MalaysiaMusic #MuzikMalaysia

“Prasasti Seni” merupakan album ke-12 Siti Nurhaliza. Album ini telah dilancarkan pada 12 April 2004, dan majlis ini mendapat liputan secara langsung oleh Sitizone.com. Album ini merupakan nafas segar buat kerjaya Siti kerana ini merupakan kali pertama kulit album dihasilkan melalui penggambaran di luar suasana studio fotografi yang mengambil tempat di kawasan perhutanan Janda Baik, Pahang. Album ini telah terjual melebihi 50,000 unit dan merupakan album terakhir beliau bersama Suria Records.

Yang menarik tentang album ini ialah Siti turut memuatkan sebuah cakera padat berbentuk hati yang memuatkan video klip "Pejam Matamu" dan mesej dari Siti Nurhaliza sendiri. Antara single yang berjaya menggegarkan industri muzik ialah "Dialah di Hati", "Seindah Biasa" dan "Lagu Rindu" yang pertama kali diperdengarkan di Anugerah Planet Muzik di Singapura.

Lagu "Dialah Di Hati" merupakan titik permulaan dimensi baru dalam karier Siti Nurhaliza, kerana mempunyai susunan muzik segar serta alunan vokal yang berubah dari nada rendah ke nada tinggi, dan juga penulisan lirik yang baik. "Dialah Di Hati" turut dicalonkan dalam kategori Lagu Terbaik

Dengarkan album ini di Spotify: https://tinyurl.com/SNPrasastiSeniSpotify

Dengarkan album ini di Apple Music: https://tinyurl.com/SNPrasastiSeniApplMsc

Dengarkan album ini di JOOX: https://tinyurl.com/SNPrasastiSeniJOOX

Dapatkan album fizikal “Prasasti Seni” untuk koleksi anda di sini sekarang: https://tinyurl.com/SNPrasastiSeniShopee


Trivia tentang "Pendirianku":

1. Lagu ini digubah oleh Zuriani dengan M. Zulkifli sendiri menulis seni katanya.

2. Merupakan single keenam yang dipetik dari album ini.

Comments

  • ×