Siti Nurhaliza & Noraniza Idris - Ketawa Lagi(Official Lyric Video)

#sitinurhaliza
Seri Balas merupakan album duet penyanyi Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris yang di lancarkan pada hari ulang tahun Siti Nurhaliza yang ke-20. Album ini diterbitkan pada 11 Januari 1999 menerusi syarikat rakaman Suria Records. Siti dan Noraniza bekerjasama untuk menerbitkan album ini setelah mereka masing-masing mengangkat muzik irama tradisional di mata masyarakat menerusi kejayaan album solo mereka yang berkonsepkan pop tradisional iaitu album Cindai (1997) dan Masyhur (1998). Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah selaku penerbit untuk album Seri Balas ini.

Selepas diberi penghargaan untuk menyanyikan secara live di Sukan Komanwel pada tahun 1998, Siti dan Noraniza disatukan untuk bergandingan dalam satu album duet istimewa berkonsepkan pop tradisional yang berjudul Seri Balas. Setelah berjaya mengangkat muzik pop tradisional di mata masyarakat, menerusi album duet ini, Siti dan Noraniza telah berjaya mengumpul lebih ramai peminat lagu tradisional daripada semua lapisan masyarakat sehingga mencetuskan fenomena. Kolaborasi mereka berdua memberi impak yang sangat besar dalam industri muzik Malaysia ketika itu bukan sahaja di Malaysia tapi di negara jiran seperti Singapura dan Indonesia. Tuah menyebelahi Siti dan Noraniza apabila lagu Hati Kama berjaya memasuki pencalonan akhir bagi kategori Lagu Terbaik dan album Seri Balas pula memenangi Album Pop Etnik Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2000. Selain itu, persembahan hebat Siti & Noraniza menerusi Hati Kama juga berjaya merangkul Juara kategori Etnik Kreatif di Anugerah Juara Lagu 2000.
Jangan lupa SUBSCRIBE , COMMENT DAN SHARE!
SITI NURHALIZA UNTUK SEMUA~~

Comments

  • ×