Siti Nurhaliza - Balqis(Official Lyric Video)

#SITINURHALIZA
Jangan lupa SUBSCRIBE , COMMENT DAN SHARE!
SITI NURHALIZA UNTUK SEMUA~~

Sahmura merupakan album studio ketujuh Siti Nurhaliza, dilancarkan tepat pada 1 Januari 2000. Pelancaran dibuat di KLCC ketika majlis menyambut alaf baru. Sahmura merupakan album tradisional bagi menyambung tradisi Malaysia, dan motto bagi album ini ialah, "Permulaan Bagi Seribu Tahun Lagi". Album ini telah terjual melebihi 50,000 unit.

Selepas kejayaan album tradisional pertamanya Cindai dan album tradisional duet Seri Balas bersama Noraniza Idris pada Mei 1999, Siti Nurhaliza mengumumkan bakal muncul dengan album tradisional keduanya yang dijadualkan akan menjengah pasaran pada hujung 1999 atau sekurang-kurangnya pada awal sambutan Alaf Baru 2000. Rakaman album Sahmura yang diterbitkan oleh To’Ki, Suhaimi “Pak Ngah” Zain (yang turut menjadi penerbit album Cindai) dan Rosli Selasih ini dijalankan pada Jun 1999 hingga Disember 1999.

Tenaga kerja lain yang turut terlibat dalam pembikinan album Sahmura ialah Khir Rahman, S. Atan, Siso Kopratasa, Hairul Anuar Harun, Nurul Asyiqin dan Arid. Biarpun terkenal dengan lagu-lagu pelbagai genre seperti pop, R&B dan balada, Siti tidak ketepikan muzik tradisional dan etnik kerana beliau sememangnya dibesarkan dalam keluarga penggemar muzik tradisional.


Trivia tentang "Balqis"

1. Single pertama dari album ini adalah hasil ciptaan komposer muzik tradisional terkenal Pak Ngah bersama penulis lirik yang senantiasa menghasilkan gabungan mantap bersama beliau, Hairul Anuar Harun.

2. Lagu ini berasaskan kisah Balqis, seorang ratu tersergam yang pernah memerintah di Saba, seperti yang diceritakan dalam al-Quran. Namun begitu, dalam seni katanya tiada apa-apa unsur keagamaan.

3. Lagu Balqis ini di nobatkan sebagai lagu terbaik dan paling popular dari album ini. Fakta ini terbukti apabila lagu ini berjaya menggondol dua anugerah (Juara Lagu dan Juara Kategori Irama Malaysia/Etnik Kreatif) di Anugerah Juara Lagu ke-15 pada November 2020.

Comments

  • ×