Siti Nurhaliza - Bukan Cinta Biasa (Official Lyric Video)

#SitiNurhaliza #EMAS #SuriaRecords #Pop #Ballad #Balada #Malaysia #MalaysiaMusic #MuzikMalaysia

“E.M.A.S” atau Edaran Muzik Aspirasi Semasa merupakan album studio kesepuluh Siti Nurhaliza yang dilancarkan pada 3 Mac 2003. Album ini terhasil diatas pengamatan Siti mengenai peredaran arus muzik tanah air. Selain penjualannya yang melebihi 200,000 unit. E.M.A.S juga sering dikaitkan dengan TMnet kerana usahasama beliau bersama TMnet sebagai duta produk di mana TMnet juga terlibat dalam pembikinan beberapa buah video klip album ini termasuk "Ku Milikmu", "Debaran Cinta", "Bukan Cinta Biasa" dan "Sebenar Cinta". Lagu "Untuk Selamanya" terpilih sebagai lagu tema untuk filem “Laila Isabella”.

E.M.A.S merupakan album keempat Siti Nurhaliza di mana beliau tidak menggunakan khidmat Adnan Abu Hassan sebagai penerbit album dan komposer, selepas Cindai, Sahmura dan Sanggar Mustika (ini juga berlaku kepada Prasasti Seni). Untuk album ini, beliau bekerjasama dengan Aubrey Suwito, Aidit Alfian, dan Julfekar serta penerbit rakaman Indonesia Dewiq dengan Tan Su Loke bertindak sebagai Penerbit Eksekutif album. Album ini juga merupakan album kedua Siti yang menggunakan khidmat Aubrey sebagai penerbit album.

Rakaman album ini dijalankan pada Julai 2002 (empat bulan selepas Siti melancarkan album Sanggar Mustika) dan siap sepenuhnya pada Februari 2003. Dalam album ini, Siti menyumbangkan lirik untuk lima lagunya – “Bukan Cinta Biasa”, “Ku Yakini”, “Janji Kasih”, “Sebenar Cinta” dan “Ku Milikmu”.

Untuk mempromosikan album ini “Bukan Cinta Biasa, “Debaran Cinta”, “Airmata Ibu” dan “Ku Milikmu” dikeluarkan sebagai single. Siti Nurhaliza juga menyanyikan “Bukan Cinta Biasa” dan “Ku Milikmu” semasa persembahannya di konsert Siti Nurhaliza Live In Concert 2004. E.M.A.S merupakan kejayaan komersial apabila berjaya terjual melebihi 200,000 unit di Malaysia dan 300,000 unit di Indonesia dan menerima pensijilan 2x Platinum. Siti juga mengadakan jelajah promosi selama 6 hari termasuk dijemput sebagai tetamu untuk beberapa rancangan televisyen Indonesia.

Dapatkan album fizikal “E.M.A.S” untuk koleksi anda di sini sekarang: https://tinyurl.com/EMASSRC


Trivia tentang "Bukan Cinta Biasa"

1. Lagu ini merupakan hasil gubahan Dewiq dan liriknya dihasilkan oleh Siti Nurhaliza sendiri.

2, "Bukan Cinta Biasa" adalah single yang paling popular yang dipetik dari album ini.

3. Muzik video untuk lagu ini dihasilkan bersama TMnet dimana Siti Nurhaliza bertindak sebagai duta produk syarikat tersebut.

Comments

  • ×